MMG Cup National Pro League 2025

 Official Battle of Speed Esports Championshipe 

The official national esports tournament for Battle of Speed that brought pro racers together from across Malaysia and abroad in a hybrid competition combining live events and online qualifiers.

About the Tournament

Battle of Speed Esports

 

Battle of Speed Esports merupakan inisiatif kompetitif rasmi yang dibangunkan oleh MMG Trading (MuchMoreGaming) bagi memperkukuh ekosistem esports tempatan melalui permainan mobile racing buatan Malaysia. Platform ini diwujudkan sebagai medium pembangunan bakat, penglibatan komuniti, dan penganjuran kejohanan esports yang berstruktur, inklusif, dan mampan.

 

Sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa industri esports tempatan, Battle of Speed Esports telah menerima sokongan melalui Dana Esukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), dengan penglibatan strategik bersama Esports Integrated (ESI) Malaysia serta inisiatif Rakan Muda. Sokongan ini membolehkan pembangunan permainan dipertingkat dan penganjuran kejohanan esports dilaksanakan secara profesional.

 

MMG CUP – National Pro League 2024

Kejohanan utama Battle of Speed telah berlangsung pada 13 & 14 Disember menerusi MMG CUP – National Pro League, menggunakan format Hybrid Tournament yang menggabungkan qualifier offline dan peringkat pertandingan online sehingga ke final.

Qualifier offline telah diadakan sempena Kuching Comic Con di Pullman Hotel, Kuching, berfungsi sebagai platform pendedahan permainan, penglibatan komuniti, serta tapisan awal pemain kompetitif dari pelbagai latar belakang.

 

Format hybrid ini membolehkan:

Penyertaan pemain secara fizikal dan dalam talian

Penglibatan pemain dari dalam dan luar negara

Pengurusan pertandingan yang lebih fleksibel, adil, dan berskala

Keputusan Rasmi & Juara

 

MMG CUP – National Pro League telah mencatat pencapaian membanggakan dengan penyertaan antarabangsa dan bakat tempatan. Keputusan rasmi adalah seperti berikut:

Champion: Thivahar L.K. – Sri Lanka

Naib Johan (Tempat Kedua): Testerac – Kuching, Malaysia

Tempat Ketiga: Junium – Sabah, Malaysia

 

Kejayaan ini membuktikan bahawa Battle of Speed mampu menarik penyertaan rentas negara serta menjadi platform kompetitif yang relevan di peringkat serantau.

 

Sistem Ranking & Battle Medal

Battle of Speed Esports dilengkapi dengan sistem ranking kompetitif yang menilai prestasi pemain secara telus dan konsisten. Setiap perlawanan menyumbang kepada kedudukan pemain dalam ekosistem esports Battle of Speed.

Sebagai pengiktirafan pencapaian, Battle Medal System diperkenalkan sebagai simbol prestij dan rekod rasmi penyertaan.

 

Sistem ini berfungsi sebagai:

Identiti pencapaian pemain

Rekod sejarah kompetitif

Elemen motivasi jangka panjang dalam komuniti esports

 

Penglibatan Agensi & Industri

Sepanjang penganjuran MMG CUP, booth Battle of Speed turut menerima kunjungan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), yang menyatakan sokongan terhadap pembangunan game tempatan dan potensi esports digital.

Kehadiran agensi, rakan strategik, dan komuniti mengukuhkan kedudukan Battle of Speed sebagai platform yang menghubungkan pembangunan teknologi, sukan elektronik, dan ekonomi digital.

 

Komitmen & Hala Tuju Esports

Battle of Speed Esports komited untuk:

Membangunkan bakat esports tempatan dari peringkat akar umbi

Menyediakan laluan kompetitif yang profesional dan berstruktur

Memperkukuh jenama game tempatan ke peringkat nasional dan antarabangsa

Menjadi platform kolaborasi antara pemain, industri, dan agensi

Dengan sokongan komuniti dan rakan strategik, Battle of Speed Esports akan terus berkembang sebagai platform esports tempatan yang berdaya saing, berintegriti, dan berimpak tinggi.

Speed. Skill. Supremacy.