Dibangunkan di Malaysia

RACE. ESCAPE. DOMINATE.

Malaysia's Multiplayer Motorcycle Racing Game

Selamat datang ke Battle of Speed, game motor multiplayer dari Malaysia yang membawa semangat kapcai, underbone dan budaya motosikal Asia Tenggara ke dunia perlumbaan digital. Berlumba dengan pemain lain, lepaskan diri daripada kejaran, push rank dan buktikan siapa paling dominan.

Battle of Speed kini tersedia untuk Android melalui Google Play.
Battle of Speed

Bukan Sekadar Game Racing Motor

Battle of Speed menggabungkan perlumbaan motosikal, multiplayer kompetitif, Police Chase, Horror Mode, ranking, esports, komuniti creator dan satu sistem kejuaraan khas yang membawa persaingan daripada dunia digital ke dunia nyata.

RACE

Lumba

Kuasai motosikal, fahami litar dan lawan pemain lain. Kelajuan penting, tetapi kawalan, timing dan konsistensi menentukan kemenangan.

ESCAPE

Lepaskan Diri

Hadapi Police Chase atau masuk ke Horror Mode. Kadang-kadang objektif bukan sekadar menang, tetapi bertahan dan meloloskan diri.

DOMINATE

Dominasi

Push rank, bina reputasi, masuk pertandingan dan mara ke tahap lebih tinggi dalam ekosistem kompetitif Battle of Speed.

Push Rank

Dari Rookie Rider Ke BOS Master

Setiap racer bermula dari bawah. Main, menang, tingkatkan skill dan naik melalui enam rank rasmi Battle of Speed.

Rookie Rider Battle of Speed RANK 01 Rookie Rider
Street Cruiser Battle of Speed RANK 02 Street Cruiser
Asphalt Warrior Battle of Speed RANK 03 Asphalt Warrior
Road Dominator Battle of Speed RANK 04 Road Dominator
Urban Legend Battle of Speed RANK 05 Urban Legend
BOS Master Battle of Speed RANK 06 BOS Master
Competitive & Esports

Dari Lobby Ke Pentas Pertandingan

Battle of Speed dibina dengan semangat persaingan. Pemain boleh mengasah skill, berlumba secara kompetitif, masuk Custom Room dan berkembang ke tournament serta esports.

  • Competitive multiplayer racing
  • Ranking progression
  • Custom Room dan komuniti
  • Tournament dan esports ecosystem
BOS Elite

Creator, Streamer & Community

Battle of Speed bukan hanya tentang racer. BOS Elite membuka ruang kepada creator dan streamer untuk menjadi sebahagian daripada pertumbuhan komuniti rasmi Battle of Speed.

  • Pengiktirafan rasmi creator dan streamer
  • Peluang promosi dalam ekosistem BOS
  • Ganjaran dan sokongan komuniti terpilih
  • Membina wajah dan suara Battle of Speed
The Game Changer

BOS Medal - Dari Dunia Digital Ke Dunia Nyata

Rank berada di dalam game. BOS Medal membawa persaingan itu keluar daripada skrin. Ia merupakan sistem kejuaraan khas Battle of Speed yang menghubungkan pencapaian digital dengan medal fizikal, pengesahan NFC, rekod champion dan cabaran Stronghold.

Medal Fizikal Champion memegang medal sebenar sebagai simbol kejuaraan dan pencapaian.
NFC Verification Medal mempunyai identiti digital untuk tujuan pengesahan dan rekod rasmi.
Stronghold System Champion perlu mempertahankan kedudukan melalui sistem cabaran Battle of Speed.
Cabaran Berdepan Persaingan BOS Medal membawa challenger dan champion berdepan di dunia nyata.
EARN IT. WIN IT. DEFEND IT.

Seorang pemain boleh bermula sebagai Rookie Rider, naik sehingga BOS Master, masuk ke dunia kompetitif dan akhirnya memburu sesuatu yang boleh dipegang, dipertahankan dan direkodkan sebagai legasi.

MALAYSIA
Original Malaysian Game IP

Dari Malaysia Ke Dunia

Battle of Speed ialah IP permainan yang dibangunkan oleh MuchMoreGaming Studio di bawah MMG Trading. Identitinya mengambil inspirasi daripada budaya motosikal Malaysia dan Asia Tenggara, termasuk kapcai, underbone, semangat 2-stroke, komuniti racing, creator dan esports, lalu dibentuk menjadi sebuah pengalaman permainan untuk komuniti tempatan dan pemain global.

RACE. ESCAPE. DOMINATE.

Main game. Push rank. Bina nama. Sertai komuniti. Masuk pertandingan. Dan jika mahu membuktikan siapa champion, buru BOS Medal.